Ibu bapa perlu nasihati anak-anak buat pilihan yang bijak – Muhyiddin

0
1
Muhyiddin bertemu para bakal pengundi PRU15 ketika berkempen di Pagoh, Johor, hari ini.

CYBERJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berpesan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang pertama kali mengundi supaya menasihati mereka dalam membuat pilihan yang bijak.

Kata Muhyiddin, ibu bapa mempunyai peranan dalam membimbing dan menerangkan kepada anak-anak mereka mengenai parti mana yang perlu dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menerangkan kepada anak-anak kita parti mana yang perlu dipilih pada PRU15.

“Nyatakan kepada anak-anak, pilihlah pemimpin yang sudah terbukti berjasa dan dapat menjalankan amanah dengan baik sebagai pemimpin,” kata Muhyiddin dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau menjelaskan, pemimpin yang perlu dipilih adalah mereka yang sentiasa bersama rakyat ketika masa susah dan senang, dan juga prihatin terhadap nasib rakyat ketika bergelut dengan kesulitan,

Beliau turut menyeru anak-anak muda supaya menggunakan peluang pada PRU15 ini bagi memilih pemimpin yang layak dan berwibawa.

“Kepada anak muda, keluarlah beramai-ramai dan laksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara yang layak.

“Kita khuatir jika mereka tidak keluar mengundi, pemimpin yang bersih dan berwibawa terlepas peluang untuk diangkat menerajui negara,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here