Ilham Centre nafi maklumat ramalan kemenangan parti

0
46
Jadual ramalan yang tular sejak pagi ini.

KUALA LUMPUR – Iham Centre hari ini menafikan ramalan jumlah kemenangan kerusi bagi setiap parti yang bertanding dalam
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, maklumat yang disebarkan itu tidak benar kerana pihaknya masih belum mengeluarkan sebarang laporan mengenai hasil dapatan berkaitan cerapan lapangan.

Katanya, sebarang perkongsian daripada badan penyelidik itu hanya akan dimaklumkan menerusi laman rasmi Ilham Center dan akan dipanjangkan kepada media 18 November ini.

“Mutakhir ini, keluar beberapa perkongsian dapatan daripada Ilham Center berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU15.

“Untuk makluman, pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam mesej dan video yang tular hari ini, beberapa ramalan memetik badan dan pihak yang membuat kajian mengenai keputusan PRU-15 menunjukkan ramalan jumlah kerusi dimenangi tiga parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Selain Ilham Centre, badan lain yang dipetik dalam mesej tular itu termasuk Invoke, Iman, UMCEDEL, Ipsos, Bukit Aman, MPN, UUM, Penang Institute dan banyak lagi.

Setakat 6 pagi tadi, kesemua badan meramalkan PH mendahului kemenangan dengan 80 kerusi atau lebih.

Ilham Centre dikatakan mengunjurkan Pakatan Harapan memiliki kerusi terbanyak dengan 87 kerusi diikuti Perikatan Nasional (46) manakala Barisan Nasional (39).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here