Ismail Sabri mahu Ahmad Zahid lepaskan jawatan Presiden

0
58
Ismail Sabri Yaakob – Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mendengar pandangan dan desakan pemimpin parti termasuk ahli akar umbi yang mahukan beliau berundur dari parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ahmad Zahid tidak wajar menutup telinga, tanpa memberi sebarang kata putus terhadap desakan kepadanya.

“Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila Ketua Bahagian UMNO buat kenyataan, beberapa pihak buat kenyataan. Saya harap Presiden UMNO buat pertimbangan sewajarnya.

“Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan. Mungkin untuk kebaikan parti, presiden mesti memikirkan masa depan parti, sama ada perlu kekal kerana dia menang pemilihan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pertimbangan itu perlu kerana proses pemecatan seorang Presiden bukan perkara yang boleh dilakukan secara mudah dan perlu melalui proses tertentu.

“Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.

“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa yang diberikan Perlembagaan (parti). Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga (desakan) Ketua Bahagian UMNO, pemuda.

“:Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya.

Selepas kemelut kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15), ramai dalam kalangan pemimpin parti itu mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab yang perlu dipikul selain untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here