Ismail Sabri raih undi tertinggi calon PM, tewaskan Anwar, Muhyiddin dan Najib dalam satu tinjauan

0
43
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menjadi pilihan utama pengundi sebagai Perdana Menteri berdasarkan satu kajian yang dilakukan Ilham Center.

Menurut Bloomberg.com, tinjauan itu dilakukan dari 1 Ogos sehingga 30 September lalu sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Oktober dan telah memperlihatkan UMNO menduduki tempat teratas dalam tinjauan dengan 31.8 peratus undian.

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri, yang juga penyandang Ahli Parlimen Bera, berkemungkinan mampu mengekalkan kedudukannya selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, tinjauan itu juga turut memperlihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki tempat kedua untuk mengisi jawatan Perdana Menteri dengan 13 peratus undian.

Di samping itu, meskipun berdepan hukuman penjara 12 tahun menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menduduki tempat ketiga dengan 12 peratus undi berkongsi kedudukan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut responden, pemulihan ekonomi merupakan isu paling utama dalam kalangan responden tinjauan tersebut, dengan 44 peratus mengatakan, memulihkan dan meningkatkan ekonomi perlu diberikan penekanan.

Dalam pada itu, kira-kira 83 peratus responden berkata, mereka akan mengundi menjelang hari pengundian yang boleh memihak kepada parti pro-Melayu kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here