Ismail Sabri ucap tahniah kepada Anwar, terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang menyokongnya

0
22
Kenderaan yang membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba jam 2.50 petang pintu utama Istana Negara tengah hari di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-samanya selama ini.

“Saya merafakkan setinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi sidang media di Sungai Long Club House, Kajang di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

“Setinggi tahniah kepada Anwar di atas pelantikan ini. Terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-sama saya selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mendoakan kerajaan baharu itu dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here