Jalaluddin bidas pihak lawan tak malu ambil kredit projek pembangunan di Jelebu

0
22
Datuk Seri Jalaluddin Alias

JELEBU – Penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias membidas parti lawan yang tidak malu mengambil kredit terhadap pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut oleh Barisan Nasional (BN) meskipun bukan bertindak sebagai kerajaan negeri.

Jalaluddin berkata, sejak lebih empat tahun Negeri Sembilan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) tiada pembangunan jelas yang dibawa oleh mereka di kawasan di Jelebu.

“Mereka mengatakan bahawa khidmat wakil rakyat daripada BN bagi Parlimen Jelebu semenjak tahun 2018 yang lalu tidak membawa sebarang pembangunan bagi penduduk setempat.

“Serangan tersebut dilihat begitu dangkal kerana pada hakikatnya selepas lebih empat
tahun setengah Negeri Sembilan ditadbir oleh PH, tiada pembangunan jelas yang dibawa oleh mereka di kawasan di Jelebu.

“Seharusnya mereka lebih proaktif dalam
membawa pembangunan yang lebih pesat apabila diberi mandat yang besar oleh rakyat pada PRU14 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, walaupun dalam keadaan serba kesempitan sebagai pembangkang untuk tempoh 22 bulan, BN tetap fokus dan berusaha membawa pembangunan yang lebih maju di kawasan luar bandar termasuklah di Parlimen Jelebu.

Katanya, untuk rekod dalam tempoh tiga tahun sahaja BN telah berjaya membawa pembangunan di Jelebu melalui 136 projek pembangunan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM23,907,280.53.

Jalaluddin berkata, projek itu dilakukan secara menyeluruh di kesemua empat
Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jelebu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here