Jangan jadi ‘ahli politik nomad’ demi capai cita-cita jadi PM – Peja 

0
12
Penyandang Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu sidang media selepas selepas Majlis Pengumuman Bakal Calon PN di MITEC, di sini, malam tadi. 

KUALA LUMPUR – Penyandang Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berasa kurang selesa dengan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bakal bertanding di Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Katanya, ahli politik seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan bukan hanya sekadar mengejar cita-cita peribadi. 

“Saya juga tidak begitu selesa dengan ahli politik yang bersifat seperti ‘ahli politik nomad’ kita seharusnya benar-benar beri perkhidmatan kepada rakyat bukan kerana cita-cita ingin jadi perdana menteri atau tubuh kerajaan tapi lebih kepada usaha kita untuk beri perkhidmatan kepada rakyat. 

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meletakan itu sebagai perkara utama tetapi cita-cita beliau untuk jadi perdan menteri itu perkara yang cukup penting bagi beliau namun itu hak dia untuk bertanding di mana jua,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Bakal Calon PN di MITEC di sini, malam tadi. 

Selain itu, Ahmad Faizal yang juga merupakan Naib Pengerusi PN berkata, beliau dan pasukannya akan berkerja keras bagi menghadapi PRU15 akan datang. 

“Kita akan berkerja kuat sebagai satu pasukan. Bukan saya sahaja yang akan berkerja keras malah seluruh pasukan PN akan berbuat demikian.

“Penduduk Tambun yang mengenali saya dan pasukan saya akan memberikan sokongan namun, kami akan turun ke padang, berkempen dan akan lebih mendekati penduduk Tambun,” katanya lagi. 

Untuk rekod, pada PRU14 Ahmad Faizal menang di kerusi Parlimen Tambun dengan 38,661 undi menewaskan pencabarnya Datuk Seri Ahmad Husni dari Barisan Nasional (BN) dan Ibrahim Zakaria dari Pas. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here