Jangan salahkan BN, Tok Mat cadangkan PN dan PH bergabung tubuhkan kerajaan baharu

0
80
Tok Mat

CYBERJAYA – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, ini kerana kedua-dua gabungan parti itu mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi. BN bersedia menjadi pembangkang yg bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baharu,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Walaubagaimanapun, katanya, BN bersedia memberi bantuan yang diperlukan dalam waktu peralihan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here