Janji dikota, Anwar umum cuti Isnin minggu hadapan

0
213
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 Istana Negara, Kuala Lumpur di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin minggu hadapan sebagai hari cuti umum seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dalam sidang media pertama sebagai Perdana Menteri Ke-10 di sini hari ini.

“Esok tiada tapi diganti pada Isnin minggu hadapan.

“Ini saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Yang Dipertuan Agong kerana saya sudah janji untuk bagi cuti hari Isnin tapi hari Isnin minggu depan,” katanya dalam nada berseloroh.

Dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyebut akan mengumumkan cuti umum selepas keputusan diperoleh peroleh pada hari mengundi pada 19 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here