Jumlah kes demam denggi naik 16 peratus

0
13
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Jumlah kes demam denggi di seluruh negara didapati meningkat sebanyak 233 kes, atau 16 peratus, kepada 1,693 berbanding 1,460 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada
Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 tahun ini (ME44/22).

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 51,262 kes berbanding 22,101 kes bagi tempoh sama 2021 iaitu peningkatan sebanyak 29,161 kes (131.9 peratus),” katanya.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 35 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 18 kematian.

Bagaimanapun, katanya, jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME44/22 menurun kepada 50 berbanding 56 pada minggu sebelumnya.

Beliau menambah, daripada jumlah itu, 31 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (14), Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing empat) dan Melaka (satu).

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 12 kes chikungunya direkodkan pada ME44/22 dengan enam kes dari Pulau Pinang, Selangor (lima) dan Negeri Sembilan (satu).

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 682 kes,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here