KDN nafi data pengundi bocor

0
8

ARAU – Dakwaan bahawa berlaku kebocoran data pengundi seperti yang menjadi tular di media sosial adalah tidak benar.

Menteri Dalam Negeri interim, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini adalah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengeluarkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan sahaja.

“Perkara itu tidak betul, mesti ada pihak yang cuba menipu bagi mencari keuntungan dan sehingga kini pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima laporan polis.

“Jika ada laporan maka kita akan siasat,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Perikatan Nasional (PN), di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa portal hari ini melaporkan berlaku kebocoran pada data SPR dan maklumat 800,000 pengundi dijual dalam laman penggodam.

Laporan tersebut menyebut, seorang penjual memiliki pangkalan data MySPR termasuk swafoto, butiran MyKad dan butiran lain seperti alamat penuh, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here