Kecoh di Tenom, polis lepaskan gas pemedih mata leraikan penyokong merusuh

0
37

TENOM – Kekecohan berlaku ketika proses penamaan calon Parlimen Tenom setelah kertas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Difahamkan, kekecohan di pekarangan Dewan DSP Antanom, Tenom itu dicetuskan oleh kumpulan penyokongnya yang berang dengan keputusan itu, lalu merusuh.

Anggota polis yang berkawal kemudiannya terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku selepas SPR menolak pencalonan atas sebab-sebab tertentu.

“Pasukan polis yang dihantar untuk berkawal di dewan penamaan calon terpaksa mengambil tindakan sepatutnya.

“Keadaan dapat dikawal dengan baik di bahagian di luar dewan berkenaan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Sementara itu laporan Bernama menyebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berhubung insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here