Kepimpinan Ismail Sabri dikagumi dari kaca mata media Indonesia

0
104
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan cenderamata kepada Asro Kamal Rokan, tokoh wartawan Indonesia, yang juga Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia sempena lawatan mereka ke Malaysia hari ini. Kredit foto Bernama

SEJAK dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan pada 21 Ogos 2021, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja menjadi tumpuan di dalam negara tetapi juga di luar negara terutamanya di negara jiran, Indonesia.

Hari ini sempena kunjungan hormat anggota Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia ke Malaysia, mereka berpeluang beramah mesra dan melihat sendiri keperibadian Perdana Menteri.

Bagaimana media Indonesia melihat kepimpinan dan keperibadiannya?

Media Indonesia memandang tinggi kepimpinan Perdana Menteri yang berjaya mengubah kehidupannya kepada pemimpin negara dari asalnya seorang anak penoreh getah.

Saksikan youtube Asro Channel, youtube milik Asro Kamal Rokan, tokoh wartawan Indonesia, yang juga Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia, yang melihat Perdana Menteri Malaysia Kesembilan itu, daripada perspektif dan pengalamannya bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MAKAN DURIAN BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA – PUTERA PENOREH GETAH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here