Kerjasama BN dan PN: Takiyuddin buat pusingan U, dakwa kenyataan di petik di luar konteks

0
14

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuat pusingan U apabila mendakwa kenyataannya berhubung kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang akan bergabung jika gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diambil di luar konteks.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu juga menyalahkan tajuk artikel berkenaan sebagai mengelirukan pengundi.

“Berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan PN dan BN selepas PRU15, maka saya ingin tegaskan di sini bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada PN.

“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil. Dengan kenyataan yang jelas ini, maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here