Ketua Kampung Ku Nan kekal bertanding di Putrajaya

0
163
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra di sini malam tadi.

Tengku Adnan akan berhadapan dengan calon dari Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Pendidikan Kanan, Datuk Dr Radzi Jidin dan calon dari Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ketua Kampung Ku Nan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen itu dalam PRU lalu selepas menewaskan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR-Bersatu, Datuk Dr. Samsu Adabi.

Selain Tengku Adnan, Ahmad Zahid turut mengumumkan senarai calon lain yang bertanding di Parlimen di Wilayah Persekutuan kecuali Bandar Tun Razak.

Berikut senarai calon yang dipilih di Wilayah Persekutuan:

P.115 BATU A.KOHILAN PILLAY A/L G.APPU
P.116 WANGSA MAJU MOHD SHAFEI BIN ABDULLAH
P.117 SEGAMBUT DANIEL LING SIA CHIN
P.118 SETIAWANGSA IZUDIN BIN ISHAK
P.119 TITIWANGSA JOHARI BIN ABDUL GHANI
P.120 BUKIT BINTANG TAN TEIK PENG
P.121 LEMBAH PANTAI RAMLAN BIN SHAHEAN @ ASKOLANI
P.122 SEPUTEH LEE KAH HING
P.123 CHERAS CHONG YEW CHUAN
P.124 BANDAR TUN RAZAK CHEW YIN KEEN
P.166 LABUAN BASHIR BIN ALIAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here