‘Kita masih di hadapan’ – kata Hadi Awang yang minta semua bertenang

0
75
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang

PUTRAJAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak supaya terus bertenang susulan perkembangan politik semasa apabila UMNO membuat keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan yang bukan diketuai Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, pada ketika ini PN masih berada di hadapan

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memutuskan untuk menyokong dan menjunjung tita Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

MKT UMNO juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here