KJ buat laporan polis tweet palsu cuba jatuhkan Tok Mat

0
13
Menteri Keisihatan Interim, Khairy Jamaluddin ketika Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di Auditorium Hospital Cyberjaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

CYBERJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan mesej WhatsApp yang tular mendakwa cuba menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menurut Khairy, satu laporan polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat terhadap pemilik akaun yang memuat naik perbualan palsu berkenaan.

“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, ‘source: trust me bro’ macam ni. Laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini.

“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB,” tulisnya di laman Twitter miliknya pada Khamis.

Khairy turut membuat ulang twit ciapan akaun Dr Bigger balls yang memaparkan perbualan WhatsApp didakwa antara Khairy dan seorang individu itu.

Namun, ciapan itu telah dipadamkan oleh pemilik akaun tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here