KJ memang berkelayakan jadi Perdana Menteri – Ismail Sabri

0
17
Tangkap layar video ucapan Khairy Jamaluddin yang secara terbuka semalam menyatakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

AYER HITAM – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat sememangnya seorang individu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini pada suatu masa nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu yang menyatakan secara terbuka hasrat menjadi Perdana Menteri.

“Dia bukan kata sekarang (nak jadi PM), itu akan datang dan dia memang layak untuk jadi Perdana Menteri akan datang kalau kita menang dalam pilihan raya.

“Jika dapat sokongan daripada parti tentu sekali KJ salah seorang yang layak untuk diangkat sebagai calon untuk jadi PM satu hari nanti,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Parlimen Ayer Hitam.

Semalam Khairy meluahkan hasratnya itu di pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, suatu hari nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here