KJ sah bertanding di kubu kuat PKR di Sungai Buloh

0
51
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Desas desus Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab apabila sah bertanding di kubu kuat PKR itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra sebentar tadi.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan kerusi Rembau yang sebelum ini ditandingi Khairy akan ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Pada PRU14, PKR mendapat majoriti besar 26,634 undi melalui R.Sivarasa, bagaimanapun dalam PRU kali ini PKR mempertaruhkan Timbalan Ketua Penerangan 1 parti itu, Datuk R. Ramanan, 41, sebagai calon di situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here