KJ tempelak PH, hanya Ismail Sabri calon PM BN bukan orang lain

0
33
Khairy Jamaluddin (tengah) merupakan calon BN di Sungai Buloh dalam PRU15.

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menempelak pembangkang yang terus memainkan isu murahan satu undi untuknya merupakan satu undi untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, isu tersebut tidak relevan kerana satu undi untuk dirinya merupakan satu undi untuk kalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Apa benda logik pemikiran dia? Satu undi untuk KJ untuk kalahkan calon PH. Datuk Zahid bukan calon Perdana Menteri kita, Datuk Zahid sendiri dah cakap calon Perdana Menteri BN ialah Datuk Seri Ismail Sabri. Clear, tak payah nak buat politik murahan nak pengaruhi pengundi Sungai Buloh,” katanya ketika menyampakan Ceramah Kata Janji KJ di Sungai Buloh semalam.

Dalam pada itu, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ juga merayu kepada pengundi di Sungai Buloh memberikan undi kepada BN supaya suara mereka dapat dibawa ke Parlimen.

“Saya bagi tahu dengan jelas jika saya menang di Sungai Buloh saya akan pastikan sebagai ahli Parlimen dan pemimpin UMNO akan angkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri semula, sebab beliau jamin saya jadi menteri semula, takkan orang Sungai Buloh tak nak menteri jadi ahli Parlimen.

“Saya hormat kawan saya dari PKR tapi kalau menang dia tak jadi menteri kot, saya datang sini saya tahu saya boleh tolong kalau saya menteri semula insya-Allah. Buat masa ini kita fikir Sungai Buloh saja, kalau pembangkang benci sangat dengan Zahid pergi lawan Zahid, (ikutkan) mereka dah hantar calon heavyweigh ke Bagan Datuk,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here