[VIDEO] Ku Nan sedih ‘orang luar’ bawa anasir tak baik ke Putrajaya

0
10

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan tindakan pihak yang merosakkan papan tanda kempen parti tersebut.

Menurut Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, beliau sedih kerana masih ada individu yang bertindak sedemikian dengan membelakangkan moral.

“Selama empat kali pilihan raya (tiada masalah), kali ini ada ‘orang luar’ yang cat dan bakar poster saya, jahanamkan bahan kempen yang BN pasang.

“Selama ini suasana di sini aman damai walaupun pada musim pilihan raya. Masalah mula timbul apabila orang dari luar masuk ke sini membawa benda-benda yang tak elok,” kata Ku Nan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Anjung Floria di sini hari ini.

@malakattribune

Calon BN Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor berasa sedih dengan tindakan segelintir individu dipanggil sebagai ‘orang luar’ merosakkan papan tanda dan poster kempennya. #malakattribune #pru15 #putrajaya

♬ original sound – Malakat Tribune – Malakat Tribune

Kata Ku Nan, selama ini penduduk Putrajaya hidup dalam keadaan aman damai dan sepanjang empat penggal menduduki kerusi tersebut, beliau telah berusaha menyemai sifat bersatu padu dan membentuk etika yang baik dalam kalangan penduduk.

Tambahnya, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan Presint 11.

Ku Nan kemudiannya menambah, pihak yang terbabit dinasihatkan menghentikan aktiviti tidak bermoral itu kerana ia juga menyalahi peraturan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here