Kumpulan Economist United Kingdom ramal BN menang PRU15 

0
24
Gambar hiasan.

UNITED KINGDOM – Barisan Nasional (BN) diramal memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam satu kajian yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Analisis Kumpulan Economist United Kingdom (EIU). 

Menurut EIU, mereka menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilantik semula menjadi Perdana Menteri. 

Kata pakar ekonomi utama kumpulan tersebut, Fung Siu, walaupun BN bakal membentuk kerajaan namun mereka tidak akan memperoleh majoriti kerusi yang dipertandingkan.

“Penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun di bawah inisiatif Undi18 tidak mungkin mengubah corak pengundian umum dan pengundi akan kembali kepada keutamaan berasaskan kaum.

“Ini berkemungkinan kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti bercanggah yang lebih kecil,” katanya. 

Dalam pada itu, dijangkakan 6.25 juta pengundi baru berdaftar bakal merancakkan lagi PRU15 esok. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here