Lando sahkan bertanding di Parlimen Tanjong Karang 

0
49
Pelakon, Lando Zawawi atau nama sebenar, Azlan Sani Za­­wawi mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon GTA dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Tanjong Karang di Bangi Covention Centre di sini, hari ini.Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

TANJONG KARANG – Pengasas Ikatan Silaturahim Bro­therhood (Brotherhood), Azlan Sani Za­­wawi atau lebih dikenali sebagai Lando mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, dia akan bertanding di kerusi ‘panas’ di Selangor iaitu di Parlimen Tanjong Karang mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).

“Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang,” katanya memetik laporan Kosmo. 

Dalam pada itu, GTA hari ini mengumumkan  akan bertanding 121 kerusi Parlimen dalam Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA – Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi, di sini.

Dalam senarai nama calon yang diumumkan, Lando turut  tersenarai dan bakal bertanding di Parlimen Tanjong Karang seperti yang diwar-warkan. 

Mengulas lanjut, Lando berkata, tujuan utama beliau memasuki gelanggang politik adalah untuk ‘membetulkan’ sistem yang ada ketika ini yang dikatakan lambat bertindak.

“Contohnya seperti aduan jalan berlubang, walaupun kita telah membuat laporan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab amat perlahan dan memakan masa.

“Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan.

“Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat,” ujarny lagi. 

Pada masa sama kata Lando, apabila dia berada dalam sistem kerajaan, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan karenah birokrasi yang wujud dalam sistem pentadbiran ketika ini.

Untuk rekod pada PRU14, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here