Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha meninggal dunia

0
37
Keratan akhbar mengenai kehebatan Hashim Mustapha ketika zaman kegemilangannya.

KOTA BHARU – Bekas penyerang kebangsaan dan Kelantan, Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 56 tahun, sebentar tadi.

Berita duka itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Allahyarham merupakan ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3 musim ini dan sebelum ini pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Kelantan serta ketua jurulatih MOF FC, skuad Piala Presiden Kelantan dan D’AR Wanderers FC.

“Sepanjang karier sebagai pemain, Hashim yang turut pernah menyarung jersi Kedah, Johor, JKR Kelantan dan TNB Kelantan merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana 1993 dan 1994 bersama Kelantan serta membantu skuad kebangsaan meraih pingat perak pada Sukan SEA 1987 di Jakarta, Indonesia.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” katanya.

Sejak.beberapa hari lalu Allahyarham dimasukkan ke hospital berikutan komplikasi penyakit kencing manis dihadapinya.

Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot dan berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here