LHDN lancar 4 produk baharu

0
217
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDN 2022 (HII 2022).

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan empat produk baharu yang antaranya merangkumi teknologi, perkhidmatan profesional dan kebajikan kakitangan agensi tersebut serta pembayar cukai.

Menurut LHDN, produk pertama ialah #TAX atau Hasil Taxpayer Management System yang merupakan satu inisiatif di bawah Transformasi Hasil sebagai one-stop-centre bagi pengurusan Sistem e-Filing, PKI (sijil digital), TAeF dan e-KYC.

Katanya, ia merupakan penambahbaikan kepada Sistem Pendaftaran Sijil Digital (SPSD) sedia ada dan hanya boleh diakses oleh kakitangan agensi itu bagi melicinkan pengurusan percukaian pembayar cukai.

“Kedua ialah e-KYC atau Electronic System Know-Your-Customer merupakan satu inisiatif di bawah Transformasi Hasil iaitu sebagai perkhidmatan pengesahan identiti pengguna secara elektronik melalui penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI).

“Aplikasi ini dapat dicapai menerusi aplikasi MyTax dengan menggunakan peranti mudah alih dan boleh diakses oleh orang awam serta Hasilian. e-KYC menyediakan perkhidmatan kepada pembayar cukai bagi memudahkan proses pendaftaran sijil.

“Aplikasi ini juga akan membolehkan pembayar cukai memohon Nombor Pin Sijil Digital secara dalam talian tanpa perlu hadir lagi ke premis LHDN,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, LHDN menganjurkan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDN 2022 (HII 2022) di sini.

Majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd
Nizom Sairi.

Dalam pada itu, katanya, produk lain yang dihasilkan ialah MyTax 2.0 yang merupakan satu inisiatif di bawah Transformasi Hasil sebagai pusat
paparan utama bagi informasi cukai kepada pembayar cukai.

Katanya, sistem itu merangkumi sistem web dan mobile melibatkan paparan utama, baki cukai, jumlah cukai, jumlah bayaran balik yang boleh menyemak status semakan sekatan perjalanan dan status borang e-Filing.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi

“Sistem ini juga membolehkan pelanggan mengakses Status MyTax seperti PCB, lejar, bayaran balik, CP500, CP204, SPC dan BNCP.

“Selain menyediakan perkhidmatan ezHasil, e-Aplikasi HITS, Peti Surat: Notifikasi, Surat, Pemakluman, Profil Pembayar Cukai, Permohonan Peranan Pembayar Cukai, Integrasi e-Filing/PKI, Integrasi e-KYC, #Tax dan TAeF, Integrasi SMART, Integrasi DMS dan Integrasi ReMS,” katanya.

Sementara itu, LHDN turut menghasilkan sebuah buku bertajuk Hasil Melakar Sejarah yang merekodkan sejarah penubuhan bagi 25 Jabatan, 2 Akademi Percukaian dan 3 Cawangan Khas, di
LHDN dari tahun 1996 hingga 31 Disember 2019.

“Di samping itu, buku ini juga merekodkan sejarah penubuhan 12 Pejabat Pengarah Negeri, 37 Cawangan, 17 Cawangan Siasatan dan 44 Pusat Khidmat Hasil di LHDNM dari tahun 2010 hingga 30 Jun 2019.

“Bagi merangsang pemikiran yang kreatif, menerapkan nilai integriti yang ampuh dan melahirkan Hasilian yang sihat rohani serta cergas jasmaninya, pelbagai program dan pertandingan telah dilaksanakan sebagai usaha berterusan LHDN dalam menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerjanya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here