Maklumat rasmi BN hanya menerusi BNComms, UMNO Online

0
15
DAZMA SHAH

CYBERJAYA – Sebarang penyebaran maklumat rasmi berkenaan Barisan Nasional (BN) adalah menerusi saluran rasmi Komunikasi BN (BNComms) dan UMNO Online.

Setiausaha BNComms, Datuk Dazma Shah Daud berkata, pihaknya menyelar tindakan beberapa yang menyebarkan maklumat atau berita palsu mengenai pemimpin terutamanya yang mewakili BN.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam penyebaran maklumat atau berita palsu mengenai pemimpin mahupun dari parti UMNO-BN.

“Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan orang ramai, malah menjejaskan nama pemimpin tertinggi parti,” kata Dazma Shah dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau menambah, BNComms bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu terutamanya dalam konteks isu politik yang melibatkan BN di sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur dan laporan di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai penularan satu dokumen palsu Surat Akujanji di media sosial.

Dokumen tersebut didakwa sebagai surat akujanji yang perlu ditandatangai oleh calon Ahli Parlimen BN untuk melantik Presiden BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here