Malaysia juarai Piala Sultan Azlan Shah, tamatkan penantian selama 39 tahun

0
22

IPOH – Malaysia mencipta sejarah apabila menamatkan penantian selama 39 tahun untuk muncul juara Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Pasukan Malaysian Tigers berjaya membenamkan skuad Korea Selatan 3-2.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shello Silverius minit 15, Muhammad Razie Abd Rahim (45′) dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain (48′).

Manakala gol Korea dijaringkan Jang Jonghyun (16′) dan Jeon Byungjin (58′).

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan tersebut ialah muncul naib juara sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here