Manifesto BN merupakan manifestasi perjuangan Ismail Sabri selama ini

0
12
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KEPRIHATINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sentiasa mendahulukan rakyat di pelbagai peringkat dan latar belakang diterjemahkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang padat dengan pelbagai inisiatif kepada rakyat.

Ismail Sabri yang berasal daripada keluarga penoreh getah sememangnya sangat memahami kegelisahan dan keresahan rakyat terutamanya golongan B40 dan mereka yang terjejas teruk.

Justeru, penghapusan kemiskinan mutlak dalam manifesto kali ini sememangnya merupakan agenda utama Ismail Sabri selama ini.

Malah, beliau sendiri mempengerusikan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan golongan miskin tegar menjelang tahun 2025.

Selain itu, janji mengenai potongan cukai pendapatan sebanyak 2 peratus kepada kelompak M40 sudah pun dibentangkan dalam belanjawan 2023 oleh kerajaan Keluarga Malaysia beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan.

Apalah makna sebuah kerajaan tanpa kestabilan politik, perkataan kestabilan sudah lama sebati dengan Ismail Sabri.

Beliau merupakan calon Perdana Menteri Malaysia yang sudah terbukti mampu membawa kestabilan politik sebelum ini.

Tambahan pula , Manifesto BN kali ini yang mahukan supaya siasatan kertas putih dilakukan kepada Tan Sri Tommy Thomas dan Pulau Batu Puteh sudah pun dilaksanakan oleh beliau.

Semasa diangkat menjadi Perdana Menteri Kesembilan, Ismail Sabri sudah memperkasakan Semangat Persekutuan Malaysia dengan meluluskan MA63 yang gagal dilakukan oleh kesemua kepimpinan sebelum ini. Sabah dan Sarawak juga menerima peruntukan tertinggi semasa beliau mengetuai kerajaan sebelum ini.

Bagi pendidikan dan pengajian tinggi pula
cadangan manifesto untuk pemberian 100 peratus pembiayaan PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah sudah pun dilaksanakan.

Cuma bezanya sebelum ini beliau melupuskan segala pembayaran kepada graduan kelas pertama.

Sejak beberapa bulan lalu isu makanan terus membangkitkan kebimbangan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Menyedari betapa pentingnya isu sekuriti makanan Perdana Menteri telah melakukan tindakan pantas dengan menghapuskan AP pengimport makanan untuk meningkatkan bekalan ayam di negara kita.

Beliau juga pernah menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan khas negara bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 hingga 2025 mencapai hasrat yang dikehendaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here