MARA fokus bangunkan sosio ekonomi luar bandar

0
9
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

LIPIS – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menjadi agensi kerajaan yang memfokuskan pembangunan sosio-ekonomi luar bandar menerusi kemudahan yang disediakan di bawah agensi tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata menerusi inisiatif di bawah agensi tersebut, program ke arah meningkatkan sistem penyampaian kepada usahawan dan masyarakat luar bandar terus dilaksanakan bagi memastikan manfaat yang disediakan oleh kerajaan terus dinikmati.

Beliau berkata, MARA menawarkan bantuan geran sebanyak RM 97,500 bagi Program Pembangunan Usahawan dan Pendidikan bagi daerah Lipis dari tahun 2020 sehingga 2022.

“Bagi meningkatkan sosio ekonomi Bumiputera daerah Lipis pula, seramai 116 usahawan daerah itu telah menerima bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA berjumlah RM 13,684,350 bagi keperluan peningkatan perniagaan, digitalisasi, standardlization & pensijilan agar usahawan di daerah Lipis menjadi lebih kompetitif dalam mendepani cabaran perniagaan masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kampung Sejahtera [email protected] Tahun 2022.

Tambahnya, MARA turut memfokuskan kepada pendidikan masyarakat luar bandar dengan sumbangan kepada pelajar di daerah Lipis sebanyak RM 395,130 bagi membantu anak-anak Bumiputera.

“Sehingga kini, seramai 1.35 juta pelajar telah mendapat manfaat tajaan bagi mengikuti pengajian di dalam dan luar negara sekaligus mampu mencapai matlamat meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera.

“Keberadaan MARA di luar bandar adalah untuk mengenal pasti dan menilai impak program keusahawanan dan pendidikan sekaligus memupuk nilai positif di dalam diri peserta bahawa walaupun kurang berkemampuan mereka masih mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan masyarakat dengan peluang bantuan perniagaan dan pendidikan yang disediakan MARA.

Sementara itu, dalam majlis sama juga, turut disampaikan Bantuan Kaca Mata daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang bernilai RM150 seorang kepada 50 pelajar yang memerlukan sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Selain itu, GiatMARA Sdn Bhd turut mengadakan program Touch Point GiatMARA dengan menyediakan perkhidmatan servis motosikal secara PERCUMA kepada 50 pemilik motosikal di kawasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here