Masih tiada persetujuan gabung mana-mana parti – Presiden BN

0
25
Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa sebarang dokumen akuan bersumpah bagi menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata tiada sebarang rundingan yang diputuskan bersama ahli pimpinan BN berkenaan gabungan dengan parti lain setakat ini.

Sehubungan itu beliau mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dari BN yang berbuat demikian dianggap melanggar Perlembagaan parti dan akan diambil tindakan.

“Bersama-sama dengan saya adalah 26 ahli parlimen BN yang hadir dari 30 ahli BN yang ada kerana dua orang demam. Kami memutuskan bahawa ketetapan dan arahan parti yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah ketetapan yg wajib diiukuti oleh ahli Parlimen BN.

“Mana-mana individu MP yg menandatangani sebarang dokumen terutamanya akuan sumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon PM adalah tidak sah kerana melanggar akuan sumpah dan melanggar ketetapan parti serta akuan sumpah yang telah ditandatangani oleh setiap calon BN.

“Ketiganya kita telah mengambil ketetapan bahawa ahli-ahli parlimen BN yang mengikuti ketetapan Dewan Tertinggi BN hanya akan membuat keputusan dan rundingan dengan pihak yang akan membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pasifik hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun memohon Speaker Dewan Rakyat dapat menganjakkan sedikit masa untuk mengemukakan Akuan Sumpah yang sepatutnya diserahkan sebelum 2 petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here