Masih tiada petunjuk dari Anwar Ibrahim pagi ini

0
13
Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KAJANG – Pengerusi Pakatan Harpan, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berteka-teki dengan media berhubung perkembangan pembentukan kerajaan yang ‘tergantung’ ketika ini.

Anwar yang meninggalkan kediamannya di Sungai Long di sini pada pukul 11.22 pagi ini enggan berkongsikan pergerakkan
beliau dengan media.

Ketika ditanya lokasi dituju, ahli Parlimen Tambun itu berseloroh dengan jawapan ‘Pergi tengok wayang’.

Terdahulu sebelum itu, isteri Anwar, yang merupakan Pengerusi Penasihat PKT, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan perkembangan politik negara pada ketika ini sebagai satu penantian.

“Its a waiting gameā€¦,” katanya ketika menyapa media di pekarangan kediamannya.

Teka-teki mengenai penggabungan parti politik untuk mendapatkan majoriti terbanyak bagi membentuk kerajaan campuran masih tertangguh.

Semalam Istana Negara menitahkan ahli-ahli MP dari Barisan Nasional (BN) mengadap Yang DiPertuan Agung untuk menyatakan sokongan kepada Paduka Baginda secara perseorangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here