MCA, UMNO Johor sokong Ismail Sabri sebagai calon PM jika BN menang PRU15

0
3
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap dalam majlis Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA tetap dengan pendirian menyokong Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke-10, jika BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sokongan itu membolehkan Naib Presiden UMNO berkenaan meneruskan tugas sebagai ketua kerajaan bagi memastikan agenda membela rakyat sentiasa dilaksanakan.

“Sebelum ini, apabila Majlis Tertinggi UMNO mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, MCA sokong cadangan itu.

“Datuk Seri Ismail Sabri bukan hanya akan menjadi Perdana Menteri yang ke-9, malah beliau akan terus diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10 nanti,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam, di sini hari ini.

Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, turut menyatakan bahawa seluruh kepimpinan UMNO bahagian di negeri ini menyatakan sokongan tanpa belah bahagi kepada Ismail Sabri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Katanya, sokongan itu dinyatakan dalam Persidangan UMNO Bahagian masing-masing sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here