MKT UMNO bermesyuarat esok

0
31

KUALA LUMPUR – UMNO akan bermesyuarat siang nanti bagi menentukan langkah parti berkenaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Setiausaha Agung UMNO, Daruk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat pertama melibatkan Biro Politik UMNO akan diadakan pada pukul 12 tengahari.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pula akan diadakan pada pukul 3 petang.

“Langkah segera yang akan lakukan ialah mengadakan dua mesyuarat penting ini.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi BN (Barisan Nasional) pula akan diadakan jam 8 malam, Ahad 20/11/22,” umum Ahmad dalam satu ciapan, sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here