Muhyiddin beri amaran bahaya jajaran BN-PH yang akan dibentuk

0
14
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin . Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

INDERA MAHKOTA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tentang bahaya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya BN gagal membentuk kerajaan dengan majoriti sendiri dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) nanti.

Muhyiddin berkata, sekiranya gabungan BN bersama PH itu terlaksana, PH yang dikemudi oleh DAP akan mendominasi kerajaan dan akan menggugat kepentingan orang Melayu.

“Saya dapat satu cerita yang sahih. Saya tak payah perlu beritahu sumber, cerita ini sahihnya mengatakan memang ada persefahaman terjalin antara Zahid Hamidi dengan Anwar Ibrahim.

“Supaya lepas pilihan raya ini kalau UMNO tak akan dapat sejumlah kerusi yang mencukupi untuk bentuk kerajaan sendiri, macam masa yang lampau maka dia akan ambil langkah untuk bergabung dengan PH yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

“Saudara tahu siapa di sebalik Pakatan Harapan Anwar Ibrahim? Siapa dia? DAP,” katanya ketika berucap pada PNBest di sini malam tadi.

Menurut Muhyiddin, jajaran baharu yang akan dibentuk itu bukan suatu perkata yang rahsia bahkan telah dapat dibaca daripada hubungan istimewa Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliaua menggesa kepada orang ramai supaya membuat pertimbangan sewajarnya pada PRU-15 dan tidak membuat keputusan yang akan merugikan masa depan mereka.

“Saya cukup bimbang kalau lah ini berlaku maka apakah nasib kita semua di masa akan datang. Tetapi nasib baik ini boleh jadi peringatan sebelum berlaku,” katanya penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu.

Antara tekanan yang perlu dilaluinya semasa berada di dalam kerajaan bersama PH termasuklah didesak DAP supaya memansuhkan Akta Hasutan semasa menjadi Menteri Dalam Negeri.

Beliau bagaimanapun bertegas dengan pendirian untuk tidak tunduk dengan tekanan tersebut.

“Saya duduk di Kemeterian Dalam Negeri (KDN), dalam mesyuarat, banyak perbincangan ditekan oleh DAP. Satu contoh yang saya masih ingat ialah supaya mengambil langkah untuk menghapuskan Akta Hasutan.

“Akta Hasutan ni sudah lama ada iaitu untuk mengekang segala bentuk salah laku perbuatan yang menyentuh soal-soal induk dalam negara kita. Soal institusi Raja-raja dan Sultan, jangan sentuh tak tentu arah.

“Diadakan peruntukan itu untuk tindakan tertentu boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu, atau meminta hak istimewa orang Melayu ataupun agama Islam ataupun bahasa Melayu dan perkara-perkara lain yang sensitif.
“Dia (DAP) minta supaya saya ambil langkah untuk menghapuskan Akta Hasutan, saya tidak buat,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here