Nadma dan semua agensi terlibat dikerah bantu mangsa banjir – PM

0
7
Pasukan bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke lokasi-lokasi yang dilanda banjir bagi memindahkan mangsa.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengarahkan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memberikan perhatian sepenuhnya untuk membantu semua Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir.

“Pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan bencana yang berlaku dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bagi membuat persediaan awal.

“Sama-sama kita berdoa agar bencana alam ini segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here