Nafuzi Zain sah tinggalkan Terengganu

0
9
Nafuzi Zain

KUALA NERUS – Mohd Nafuzi Zain sah melepaskan jawatan Jurulatih Terengganu FC (TFC) menerusi surat yang diserahkan pada Isnin lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, pasukan itu bakal menerima khidmat ketua jurulatih baharu bagi mengetuai cabaran dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC musim depan.

Katanya, pihak pengurusan serta jawatankuasa teknikal pasukan akan meneliti calon dari dalam dan luar negara yang telah menyatakan minat mengisi jawatan tersebut.

“Kita sudah menerima jawapan daripada beliau (Nafuzi) pada Isnin yang menyatakan tidak bersetuju untuk menyambung kontrak bersama TFC bagi saingan 2023.

“Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dibuat bagi baki saingan Piala Malaysia di mana beliau akan meneruskan sekurang-kurangnya dua perlawanan lagi iaitu aksi separuh akhir.

“Sudah pasti dengan ketiadaan ketua jurulatih, kita akan mencari pengganti yang diharap mampu menyamai pencapaian dan keputusan yang diraih musim ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu beliau hadir majlis penyerahan penajaan RM1.6 juta daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan negeri, Kumpulan Terengganu Incorperated (Inc) hari ini.

Dalam pada itu, Ab. Rasid berkata, pihaknya merakam penghargaan atas khidmat Nafuzi dimana menunjukkan hasil positif iaitu ketika bersama skuad Piala Presiden T-Team sejak 2016.

Katanya, ketua jurulatih baharu yang bakal dilantik tidak lama lagi perlu meneruskan kesinambungan yang dilakukan Nafuzi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here