No Anwar No DAP, Hishammuddin rela dipecat

0
135
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan dirinya rela dipecat daripada berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan PH.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, no DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

Terdahulu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen BN bagi membentuk kerajaan.

Ia selepas tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here