Noh Omar letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor

0
36

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar meletakkan jawatannya, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu disebabkan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

“Disebabkan dia tak percayakan saya, dan saya pun tak percayakan dia, jadi saya ambil keputusan untuk letakkan jawatan,” kata Noh.

Beliau menambah, jika Ahmad Zahid berjiwa besar, beliau juga perlu meletakkan jawatan sebagai menggalas tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here