Pas sedia pertimbang pelawaan PM sertai Kerajaan Perpaduan – Takiyuddin

0
57
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menyatakan pendirian terbuka untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti yang ditawarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan mengenainya akan dinilai dan diputuskan melalui perbincangan dengan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Parti akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat yang telah memberikan undi memberangsangkan kepada Pas dan PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang dilantik sebagai perdana menteri petang semalam mengumumkan tawaran kepada mana-mana Ahli Dewan Rakyat daripada parti-parti lain menyertaikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama gabungan PH, BN dan GPS.

Takiyuddin berkata, Pas menerima keputusan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri sepertimana yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, bagi pihak parti juga beliau mengucapkan tahniah kepada Anwar yang telah diperkenankan sebagai perdana menteri Malaysia ke 10.

“Pas yakin beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ehsan serta turut mengutamakan konsep federalisme yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata.

“Pas menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal perlantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here