Pas yakin tawaran PN BEST jadi penyelesaian pemulihan negara

0
7
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pas yakin tawaran Perikatan Nasional (PN) BEST menjadi asas kepada pemulihan negara dan boleh dilaksanakan secara cekap dan berkesan dengan sokongan semua pihak.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, tawaran PN BEST ini menjadi satu komitmen dan penyelesaian komprehensif yang diperlukan oleh rakyat dan negara ketika ini.

Jelas beliau, dalam membina Malaysia yang gemilang dan sejahtera, negara memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat.

“Negara juga perlu bersih daripada rasuah dan segala bentuk penyelewengan dalam tadbir urus serta komited membina kerajaan yang stabil dan cekap.

“Tawaran PN BEST ini merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran yang mengambil kira pandangan dan keperluan yang penting kepada rakyat dan negara.

“Sebagai bukti komitmen PN terhadap hal ini, sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung dalam tawaran PN BEST,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan kesediaan mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar biarpun perkara itu tidak tertakluk dalam tawaran PN BEST.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here