Pelajar perempuan Tingkatan 3 maut dipercayai jatuh dari bangunan sekolah

0
47

CYBERJAYA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan sekolah di Simpang Empat, dekat Alor Setar, Kedah hari ini.

Laporan portal BH Online menyebut, Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir sebagai berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.30 pagi tadi.

Berikutan itu, ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung kejadian itu segera ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, bangunan sekolah itu mempunyai empat tingkat, dengan bahagian bawah ialah perpustakaan, tingkat dua dan empat kosong, manakala tingkat tiga ialah kelas bagi pelajar Tingkatan 6.

Jelas Ahmad Shukri, menurut saksi, seluruh bangunan itu kosong ketika kejadian kerana semua pelajar sedang menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas.

“Namun, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku,” katanya.

Beliau kemudainnya menambah, mayat pelajar itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here