Pemimpin BN, PN bertemu di Hotel St. Regis

0
45

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob hari ini tiba di Hotel St Regis di sini, lokasi yang sama dijangka menjadi pertemuan para pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Selain Ahli Parlimen Bera itu, turut kelihatan memasuki tempat letak kereta, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Ismail ketika ditemui media bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

“Saya belum tahu lagi,” katanya.

Para media yang berada di lobi hotel berkenaan sejak pukul 11 pagi tadi dimaklumkan pertemuan tidak rasmi pemimpin dua parti itu akan dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, desas desus juga mengatakan mesyuarat itu tidak melibatkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here