Pemuda UMNO bantah kerjasama dengan PH

0
65
Naib Ketua UMNO Bahagian-bahagian Malaysia menyerahkan surat bantahan kerjasama bersama PH.

CYBERJAYA – Naib Ketua UMNO Bahagian-bahagian Malaysia membantah sebarang kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurut Pengerusinya, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus, sebarang kerjasama dengan parti DAP khususnya tidak dapat diterima.

“Percaya dengan asas perjuangan parti UMNO selama ini menegak syiar agama dan perjuangan masa depan Melayu dan Bumiputera, persefahaman dengan PH yang dikuasai DAP adalah suatu pengkhianatan paling besar dan mereka yang bersekongkol dengan usaha ini
tidak boleh dikompromi dari ditolak parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Pada masa sama, katanya, Timbalan Presiden BN yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan juga diminta meletakkan jawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here