Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Sidek Baba meninggal dunia

0
15
Allahyarham Datuk Dr. Sidek Baba

KUALA LUMPUR – Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2009, Datuk Dr. Sidek Baba menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad dalam Facebook beliau.

“Telah pulang ke rahmatullah Cikgu Dr. Sidek Baba pukul 7 lebih tadi. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmah dan maghfirah. Al-Fatihah,” katanya.

Sidek, 76, adalah tokoh pendidikan yang tidak asing lagi apabila sering menghasilkan pelbagai buku dan menyumbang artikel kepada akhbar.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut merakamkan ucapan takziah.

“Semoga Almarhum dikumpulkan bersama para Anbiya, orang-orang soleh, para syuhada dan muttaqin. Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jakim,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here