Pentas akhir ADYM tampil kelainan, bakal bawa masyarakat selami dunia dakwah

0
62
Sidang media pentas akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini, Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PUTRAJAYA – Akademi Daie Muda (ADYM) Yayasan Islamiah Malaysia (Yadim) kini memasuki minggu terakhir dengan empat peserta bakal berentap di pentas akhir pada Khamis ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Tuan Soh, program tersebut sudah berlangsung sejak empat bulan lalu dan telah menampilkan beberapa kelainan jika dibandingkan dengan program realiti televisyen yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh ketika sidang media pentas akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini, Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Katanya, ADYM lebih menekankan proses pembangunan Daie yang sebenar untuk dipertontonkan kepada masyarakat.

“Kami punya sasaran, untuk lahirkan pendakwah dan kita harus melakukan perkara yang lain daripada ‘resepi’ melahirkan ustaz selebriti.

“Dalam program ini perlu melibatkan modul pembangunan yang khusus yang mana untuk akademi ini mereka diberikan fokus terhadap empat modul utama yang mereka perlu lalui merangkumi modul pengajian, Islam budaya, teknologi dan pengurusan Daie,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Yang hadir sama, peserta akhir yang juga pelajar Universiti Al Azhar, Mesir Aiman Khair Abdul Rahman, 22, Muhammad Hafiz Mohamed Din, 24 (Universiti Sultan Idris), Nur Husna Mat Ghani, 23, (Universiti Malaysia Terengganu), Siti Fatimah Khairuddin, 27, dari Universiti Ohio State, Amerika Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Namanzee Harris.

Sementara itu, peserta-peserta yang bakal bertanding di pentas akhir juga berasa yakin dan akan melakukan yang terbaik berbaki beberapa hari lagi sebelum pertandingan.

Kata Hafiz, dia reda sekiranya menang atau kalah dan berharap penyampaian yang diberikan olehnya dapat difahami dan diterima oleh penonton.

Muhammad Hafiz Bin Mohamed Din ketika sidang media pentas akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini, Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

“Menang atau kalah apa yang ingin disampaikan pada pentas akhir nanti sampai kepada orang lain untuk manfaat dan sama sama dapat berubah.

“Rasa takut itu kena letak tepi dahulu kerana apa yang penting kita niat untuk sampaikan kepada penonton bukan semata-mata untuk jadi terkenal,” katanya.

Tambah Nur Husna, dia berharap pentas akhir ini akan membawa masyarakat lebih dekat dengan dakwah yang dilihat semakin dilupakan.

Nur Husna Binti Mat Ghani ketika sidang media pentas akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini, Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

“Tolong sokong kami dan dakwah yang kami sedang jalankan sebab dakwah ini semakin jauh dengan masyarakat jadi kalau boleh penonton boleh dekat lagi dengan program dakwah.

“Kalau boleh doakan kami dilancarkan lisan, dipermudahkan urusan dan apa yang kami sampaikan akam sampai ke hati, Insya-Allah,” katanya.

Juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, tiket mengerjakan umrah, bar emas, rehal Diraja Gold, produk kesihatan, piala iringan dan sijil penghargaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here