Pertama kali dalam sejarah berlaku pertandingan 6 penjuru di Putrajaya

0
43
Enam calon yang bertanding di Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah berlaku pertandingan enam penjuru.

Lebih menarik apabila dua calon Bebas turut serta untuk berebut kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Majlis pengesahan calon bertanding bagi Parlimen Putrajaya diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar, hari ini.

Calon PN, Datuk Dr Radzi Jidin bersama penyokongnya.

Dua calon Bebas berkenaan ialah Samsudin Mohamad Fauzi, 46, dan Lim Fice Bee, 44, manakala empat calon lain membabitkan penyandang kerusi, Datuk Seri toTengku Adnan Tengku Mansor (Barisan Nasional); Datuk Dr. Radzi Jidin (Perikatan Nasional), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang).

Ku Nan terkejut pertandingan 6 penjuru di Putrajaya, tapi yakin kemenangan kepada BN

Untuk rekod sejak pilihan raya umum kali pertama di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2004, Putrajaya hanya ditandingi persaingan dua penjuru dan tiga penjuru.

Pada PRU lalu kerusi itu dimenangi Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here