Pertandingan 8 penjuru di Kerusi Parlimen Sepang

0
63
CALON Barisan Nasional, Anuar Basiran bersama menyokong hadir di pusat penamaan calon Parlimen Sepang, pagi ini.

SEPANG – Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Sepang (P.113) di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi di sini pagi ini menyaksikan persaingan 8 penjuru.

Proses penamaan calon-calon parti yang mula dibuka pada pukul 9 pagi ini ditutup sebentar tadi.

Parlimen Sepang sebelum ini disandang oleh Hanipa Maidin dari Parti Amanah Negara (Amanah) melalui PRU14 yang lalu.

Rina Mohd Harun bersama calon bebas, Mohd Syahrul Amri (dua dari kanan) di pusat penamaan calon Parlimen Sepang, pagi ini.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Naib Ketua Umno Bahagian Sepang, Anuar Basiran yang dicabar sengit oleh calon Perikatan Nasional iaitu Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Di penjuru Pakatan Harapan pula, kerusi itu diwakili oleh Ketua Wanita Pakatan Harapan Amanah, Raj Muni Aiman Athirah manakala Pejuang pula mempertaruhkan Ketua Pejuanita Malaysia Datin Che Asmah Ibrahim.

Mohd Daud Leong (tiga dari kiri).

Selain persaingan parti utama, kerusi Parlimen Sepang juga menyaksikan pencalonan 4 calon bebas.

Calon termasuk Pengerusi Parti Utama Rakyat, Datuk Mohd Daud Leong, Mohd Syahrul Amri Mat Sari dari

Parti Bahtera Sejahtera Sejahtera; Rageswaran Ravi dari Parti Rakyat Malaysia dan M. Muneswaran Muthiah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here