Pesawat era Perang Dunia Kedua bertembung, nasib anak kapal belum disahkan

0
10

TEXAS – Enam dikhuatiri maut apabila dua buah pesawat vintaj era Perang Dunia Kedua bertembung di ruang udara Dallas.

Kejadian tersebut berlaku ketika Pertunjukan Komemoratif Angkatan Udara di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas.

Dalam kejadian itu, sebuah pesawat P-63 Kingcobra yang dikendalikan seorang juruterbang merempuh sebuah pesawat Boeing B-17 Flying Fortress yang membawa lima anak kapal.

Rakaman orang awam menunjukkan pesawat KingCobra itu melanggar B-17 tersebut sehingga terputus dua apabila kedua-duanya sedang terbang pada altitud rendah.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai identiti penumpang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Sewaktu kejadian, lebih 4,000 penonton berada di pertunjukan berkenaan.

Kejadian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here