PH setuju kerjasama dengan BN tubuh kerajaan Pahang

0
40
Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malakat Tribune di Sg Labu, Sepang di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah semasa dihubungi di sini.

“Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat,” katanya kepada Harian Metro.

Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU-15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU-15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya datang dari DAP, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi.

Terdapat 42 kerusi DUN di Pahang, namun proses pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hanya akan diadakan pada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN di situ Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian PRU-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here