PH tawar ’10 Tawaran Harapan’ untuk bina semula Malaysia

0
27
Anwar Ibrahim (tiga dari kiri) bersama barisan pemimpin parti-parti bersekutu Pakatan Harapan pada majlis pelancaran Tawaran Harapan di Klang hari ini.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menawarkan 10 tawaran untuk memulihkan dan membina semula Malaysia sekiranya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) nanti.

Tawaran yang dinamakan sebagai Tawaran Harapan itu dilancarkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan boleh diakses di laman kitaboleh.my

Anwar berkata, janji PH itu adalah sebagai pelan membangunkan semula negara yang didakwa musnah akibat pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Visi HARAPAN adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan.

“Tawaran HARAPAN menggariskan tekad kami dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia,” katanya ketika melancarkan 10 Tawaran Harapan di Klang hari ini.

Anwar berkata, melalui usaha itu, PH berhasrat untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu menjamin kesejahteraan, mewujudkan pentadbiran beramanah dan mempersiapkan negara untuk masa depan.

“Saya merayu agar rakyat dapat meneliti tawaran ini sekaligus memberi mandat yang sebaiknya kepada Harapan untuk muncul sebagai parti yang punyai majoriti jelas bagi mentadbir negara,” katanya dalam Facebook petang ini.

Sementara itu, kandungan 10 Keutamaan Tawaran Harapan termasuk menangani isu kos sara hidup; memerangi rasuah dan mengukuhkan institusi demokrasi perkasa peluang ekonomi belia dengan menerokai sektor manusiawi; menyelamatkan generasi tercicir (Lost Generation) dalam pendidikan dan membina ketahanan bencana serta memantapkan perlindungan.

Seterusnya, tawaran itu membabitkan usaha menangani isi doktor kontrak dan menjamin kebajikan penjawat kesihatan; penghapusan isu ketaksamaan gender dan memperkasakan sosioekonomi wanita; memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak; meningkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia dan memelihara khazanah alam demi generasi akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here